Sunday, March 27, 2011

Nanyang Siangpau: Pilihan Raya Sarawak (ms A16)


23 Mac 2011
Ah yo yo Taib!
Tan Hock Seng

Orang yang paling masyhur di pilihan raya Sarawak tidak lain tidak bukan ialah Taib Mahmod ketua Menteri Sarawak.

Berusia 74 tahun pada 18 haribulan Disember lalu beliau mengahwini seorang wanita dari Syria yang begitu cantik.

Kami juga amat kagum dengan Taib Mahmud, kagum dengan kesihatan beliau yang begitu kuat, walaupun tua namun masih segak.

Bidalan “Orang tua yang sehat” itu bermaksud Taib Mahmud seperti kuat dan tegap seluruh anggotanya, maksud orang tua yang masih boleh bertahan ialah beliau telah berkuasa lebih 30 tahun di Sarawak, di Sarawak masih belum ada pencabar yang berani mencabarnya.

Maksud masih belum ada pencabarnya, itu boleh dikaitkan sejak masa lampau 30 tahun lalu, dan pada pilihan raya kali ini adalah kedudukan beliau kini sudah ada pencabarnya, setakat ini kita masih belum tahu lagi; tetapi, Taib Mahmud menjadi ketua menteri sudah hampir 30 tahun, kedudukan Taib Mahmud sudah tentu membuat orang lain bermerah mata.

Selagi Taib berkuasa UMNO tidak dapat berhijrah ke Sarawak

Ketua pembangkang DAP di Parlimen Lim Kit Siang juga bermerah mata, beliau mahu rakyat Sarawak singkir Barisan Nasional, sekurang-kurangnya Barisan Nasional kurang 2/3 majoriti kerusi di Sarawak, ia dikatakan sebagai hadiah untuk Taib Mahmud berundur. Lim Kit Siang anggap perletakan jawatan oleh Taib Mahmud sebagai cek tendang, kerana sejak 30 tahun sehingga ke hari ni Taib Mahmud tidak pernah atur orang penggantinya.

Kehebatan Lim Kit Siang dalam politik menonjol lebih daripada Taib Mahmud namun Lim Kit Siang tidak pernah dapat jadi ketua pemerintahan, tidak pernah rasa macam mana jadi ketua dalam pemerintahan, sebab itu beliau telah atur penggantinya iaitu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang juga tidak mahu berundur selagi ada kuasa di tangan. Kuasa otonomi Lim Kit Siang tidak ada seorang pun di sisinya berani meragui.

Selama 30 tahun dalam politik, Taib Mahmud bertungkus lumus memudikan kapal, sudah lama telah ketandusan tenaga, hari ini apa yang ditinggalkan hanya menerima kamarahan dan kutukan dari rakyatnya sendiri.

Sekarang ini, tidak lama lagi akan ada pilihan raya negeri di Sarawak, Taib kini dianggap sebagai ekuiti negatif pada Barisan Nasional, ini yang tidak diketahui oleh Lim Kit Siang, sebab itu apabila Lim Kit Siang marah Taib Mahmud, di dalam hati Lim tidak boleh tidak teringat-ingat nama Taib Mahmud masih digeruni dan masih disenaraikan dalam Barisan Nasional, sebab itu Pakatan Rakyat melihatnya bermata merah.

Adakah Taib Mahmud sudah tiada tempat untuk berundur? Sudah tentu tidak begitu. Apa yang dikatakan halia tua itu lebih pedas (dalam bidalan Cina), selagi Taib Mahmud ada di Sarawak selagi itu UMNO tidak dapat bertapak di Sarawak, dan Sarawak tidak mungkin akan jadi negeri Sabah yang kedua. Ini adalah jasa sumbangan yang paling berharga oleh Taib Mahmud kepada negeri Sarawak.

Sunday, March 13, 2011

Perbalahan MCA dengan NGO Cina - Nanyang Siang Pau (ms A16)



10 Mac 2011 (Khamis) 
Penulis Loh Hon Chew


Sekali lagi Presiden MCA Chua Sui Lek menuduh pertubuhan Cina ambil kesempatan masa pilihan raya umumkan tuntut rayu timbulkan isu-isu lama, itu dikatakan semata-mata mahu menyusahkan MCA, cara itu dikatakan semata-mata membantu parti pembangkang berkempen. Kali pertama Chua Sui Lek berkata demikian semasa di PRK Tenang, kali kedua beliau berkata demikian semasa di PRK Merlimau, dengan kemukakan isu suqiu semasa berkempen semasa berkempen oleh masyarakat petubuhan Cina, perkara itu beliau anggap pertubuhan Cina tidak sepatutnya timbulkan isu itu kerana isu itu sudah terlalu lapuk yang pernah dikemukakan sejak dulu lagi, sudah setengah abad lamanya, Chua berkata jangan ibarat asyik goreng nasi yang sudah sejuk itu, kerana itu yang menyebabkan MCA rasa serba salah. Kenapa pertubuhan Cina tidak biarkan MCA berehat buat seketika?

Pada masa PRK di Tenang, ada 7 pertubuhan Cina ajukan suqiu, selepas itu bertambah kepada 173 pertubuhan, menggesa Najib hidupkan semula sekolah menengah Cina Segamat, permintaan itu akhirnya dipersetujui oleh MB Johor sepenuhnya, dimana Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga berkata, keputusan itu biar PM yang putuskan, Muhyiddin berkata akan bincangkan perkara ini dengan MB Johor Abdul Ghani Othman.

Hanya presiden MCA seorang sahaja yang berkata isu itu adalah seperti goreng nasi yang sudah sejuk, dan Chua sekali lagi berkata isu itu adalah isu puluhan tahun lalu, MCA rasa serba salah, dan itu hanya menyusahkan MCA.

Suqiu Adalah Hasrat Orang Cina Puluhan Tahun Lalu

Pertubuhan Cina di Melaka sempena PRK Merlimau ajukan suqiu yang dinamakan (Suqiu PRK Merlimau), sekali lagi dikritik oleh Chua Sui Lek diumpama menggoreng nasi yang sudah sejuk, dan dikatakan menyusahkan, mengaibkan dan memahitkan MCA. Jika benar begitu, kenapa MCA tidak lepaskan sahaja isu itu! Siapa yang suruh MCA mewakili masyarakat orang-orang Cina?

Jika digabungkan kandungan suqiu dalam kedua-dua PRK itu, kandungannya seperati berikut: bangkitkan semula pembinaan sekolah menengah Cina Segamat, secara adil layani semua aliran sekolah, iktiraf sijil sekolah menengah Cina, beri peruntukan kepada sekolah menengah kebangsaan Cina dan sekolah menengah swasta Cina, kembalikan kewarganegaraan Lim Lian Geok, beri hak secara adil kepada semua kaum dan sebagainya.

Suqiu seperti ini hanya berlaku di negeri Johor dan Melaka, ini sebenarnya hasrat semua masyarakat Cina di seluruh negara, ini juga satu perjuangan dan hasrat orang-orang Cina selama belasan tahun yang belum pernah tercapai. Jika rayuan suqiu ini dihalang, sudah tentu orang-orang Cina akan sentiasa membuat rayuan selagi belum tercapai, walaupun ia sudah jadi isu lapuk namun masyarakat Cina sentiasa ingat dan lakukan suqiu. Selagi tidak dapat, orang-orang Cina akan terus lakukan suqiu selama-lamanya, memperjuangkan hak adalah tanggungjawab sesuatu kaum, bukan kerana MCA mahupun Chua Sui Lek yang boleh menyebabkan masyarakat Cina lepaskan perjuangan dan hasrat masyarakat Cina itu, isu ini hanya MCA sendiri mahu pisahkan diri MCA dari masyarakat Cina. Lihat kembali pelita yang telah dinyalakan oleh Tan Siew Sin, mereka berdua mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, tetapi mereka tidak faham masyarakat Cina, walaupun mereka ada perjuangan dalam politik namun ia tidak akan sama, ini yang menyebabkan mereka pandang orang-orang Cina sering meyusahkan MCA, dan mereka rasai orang-orang Cina membuat MCA serba salah yang tidak sepatutnya.

PM Dan TPM Langsung Tidak Mengatakan Pertubuhan Cina Mengugut

Sebaliknya Chua Sui Lek tidak sepatutnya melihat pertubuhan Cina itu sebagai alat suqiu, kerana kedua-dua kanduangan suqiu itu, satu naskah diserahkan kepada PM dan satu naskah lagi diserahkan kepada ketua menteri Melaka Dato Ali Rostam, langsung tidak harapkan MCA yang menyerahkannya, langsung tidak basahkan keringat peluh MCA, dan langsung tidak ajak MCA membantu di tepi sisi pertubuhan Cina, langsung tidak berniat untuk menyusahkan MCA, kenapa kini pertubuhan Cina dituduh menyusahkan MCA? Sebenarnya PM dan TPM serta kedua-dua ketua negeri itu langsung tidak mengatakan pertubuhan Cina mengugut dan menolong pihak pembangkang, hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang berkata orang-orang Cina cuba politikkan isu itu.

Selain dari itu dikatakan pertubuhan Cina tidak mewakili suara orang-orang Cina, tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Cina, sekarang siapa pula yang mewakili orang-orang Cina? Dikatakan tiba sahaja musim PRK pertubuhan Cina ajukan suqiu, itu semuanya kerana terpaksa. Kerana pengalaman mengajar kita, masa dan keadaan itulah yang paling sesuai untuk memohon sesuatu dan buat tuntut rayu. Ini semuanya budaya politik dan suasana politik yang menjurus dan penyebab untuk ke arah itu, tidak boleh persalahkan masyarakat Cina dengan begitu mudah sahaja, pertubuhan Cina sepatutnya lebih bijak menggunakan peluang dan kesempatan itu.