Sunday, March 27, 2011

Nanyang Siangpau: Pilihan Raya Sarawak (ms A16)


23 Mac 2011
Ah yo yo Taib!
Tan Hock Seng

Orang yang paling masyhur di pilihan raya Sarawak tidak lain tidak bukan ialah Taib Mahmod ketua Menteri Sarawak.

Berusia 74 tahun pada 18 haribulan Disember lalu beliau mengahwini seorang wanita dari Syria yang begitu cantik.

Kami juga amat kagum dengan Taib Mahmud, kagum dengan kesihatan beliau yang begitu kuat, walaupun tua namun masih segak.

Bidalan “Orang tua yang sehat” itu bermaksud Taib Mahmud seperti kuat dan tegap seluruh anggotanya, maksud orang tua yang masih boleh bertahan ialah beliau telah berkuasa lebih 30 tahun di Sarawak, di Sarawak masih belum ada pencabar yang berani mencabarnya.

Maksud masih belum ada pencabarnya, itu boleh dikaitkan sejak masa lampau 30 tahun lalu, dan pada pilihan raya kali ini adalah kedudukan beliau kini sudah ada pencabarnya, setakat ini kita masih belum tahu lagi; tetapi, Taib Mahmud menjadi ketua menteri sudah hampir 30 tahun, kedudukan Taib Mahmud sudah tentu membuat orang lain bermerah mata.

Selagi Taib berkuasa UMNO tidak dapat berhijrah ke Sarawak

Ketua pembangkang DAP di Parlimen Lim Kit Siang juga bermerah mata, beliau mahu rakyat Sarawak singkir Barisan Nasional, sekurang-kurangnya Barisan Nasional kurang 2/3 majoriti kerusi di Sarawak, ia dikatakan sebagai hadiah untuk Taib Mahmud berundur. Lim Kit Siang anggap perletakan jawatan oleh Taib Mahmud sebagai cek tendang, kerana sejak 30 tahun sehingga ke hari ni Taib Mahmud tidak pernah atur orang penggantinya.

Kehebatan Lim Kit Siang dalam politik menonjol lebih daripada Taib Mahmud namun Lim Kit Siang tidak pernah dapat jadi ketua pemerintahan, tidak pernah rasa macam mana jadi ketua dalam pemerintahan, sebab itu beliau telah atur penggantinya iaitu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang juga tidak mahu berundur selagi ada kuasa di tangan. Kuasa otonomi Lim Kit Siang tidak ada seorang pun di sisinya berani meragui.

Selama 30 tahun dalam politik, Taib Mahmud bertungkus lumus memudikan kapal, sudah lama telah ketandusan tenaga, hari ini apa yang ditinggalkan hanya menerima kamarahan dan kutukan dari rakyatnya sendiri.

Sekarang ini, tidak lama lagi akan ada pilihan raya negeri di Sarawak, Taib kini dianggap sebagai ekuiti negatif pada Barisan Nasional, ini yang tidak diketahui oleh Lim Kit Siang, sebab itu apabila Lim Kit Siang marah Taib Mahmud, di dalam hati Lim tidak boleh tidak teringat-ingat nama Taib Mahmud masih digeruni dan masih disenaraikan dalam Barisan Nasional, sebab itu Pakatan Rakyat melihatnya bermata merah.

Adakah Taib Mahmud sudah tiada tempat untuk berundur? Sudah tentu tidak begitu. Apa yang dikatakan halia tua itu lebih pedas (dalam bidalan Cina), selagi Taib Mahmud ada di Sarawak selagi itu UMNO tidak dapat bertapak di Sarawak, dan Sarawak tidak mungkin akan jadi negeri Sabah yang kedua. Ini adalah jasa sumbangan yang paling berharga oleh Taib Mahmud kepada negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment