3 Jun 2011
Mirip Dwikuasa Politik Antara Kaum
Goh Chi Zhong
Presiden MCA Chua sebelum ini pernah berkata, jika mengikut keadaan sekarang ini masyarakat berterusan beri tentangan kepada UMNO MIC dan MCA, secara tidak langsung ia boleh membentuk satu jalan kepada dwikuasa kaum dalam politik di negara ini, antara orang Melayu dan orang Cina menjadi dua kaum yang bertentangan dalam politik, yang tidak perlu diragui lagi, jika apa yang dikatakan oleh Chua Sui Lek dwikuasa kaum itu benar berlaku, ia adalah satu malapetaka kepada perpaduan kaum di negara ini.
Penulis anggap apa yang disarankan oleh Chua Sui Lek adalah satu perjalanan yang agak luas dan lebar, jika kita mahu halusi dan analisa isu ini, kita tidak susah untuk melihat keadaan politik di negara kita buat masa ini, ia sudah pun berlaku dan timbul politik di Negara kita terbahagi kepada kuasa UMNO dan DAP, hanya dwikuasa ini yang maju ke hadapan, dalam sekelip mata sahaja DAP menjadi parti pembangkang kedua terbesar di negara ini, tidak ada tolok bandingnya kini telah benar-benar berlaku, walaupun pihak BN dan Pakatan Rakyat masing-masing telah mengecil, namun UMNO dan DAP semakin terus membesar dan kuat.
Meninggalkan Kerusi UMNO Habis-Habisan
Ada pakar analisa politik membuat satu analisa, pada PRU akan datang pihak yang menang besar adalah UMNO dan DAP, sebaliknya rakan kongsi atau komponen masing-masing teramasuk MCA, Gerakan dan MIC yang berada dalam BN, PKR dan Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat, akan hadapi rintangan dan kekalahan besar, rocket akan hapuskan kerusi-kerusi MCA, Gerakan dan MIC, pada masa yang sama dwikuasa itu mereka tidak diterjemahkan sepenuhnya dalam dwikuasa kaum itu, sebaliknya dwikuasa antara UMNO dan DAP memberi bayangan lebih jelas di dalam mata masyarakat.
Isu dwikuasa politik kaum, boleh ambil ungkapan yang keluar dari mulut Chua Sui Lek itu, mungkin parti pembangkang menggunakan isu itu sebagai taktik untuk menakut-nakutkan orang-orang Cina, perdayakan masyarakat Cina itu sebenarnya masih dianggap tidak mencukupi, baru-baru ini Timbalan Pengerusi PKR Chua Tian Chang secara terbuka berkata, jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat dapat tumbangkan kerusi-kerusi MCA, Gerakan dan MIC, selain daripada kerusi UMNO, Pakatan Rakyat ada harapan untuk memerintah kerajaan Pusat, Chua Tian Chang berkata demikian menunjukkan Pakatan Rakyat akan lepaskan peluang untuk berebut kerusi di kawasan UMNO, sebaliknya mereka tumpukan serangan itu di kawasan MCA, Gerakan dan MIC, sudah tentu lebih memperluaskan kesan apa yang disebut oleh Chua Sui Lek dengan isu “dwikuasa kaum dalam politik”.
Dalam Pasaran Kawasan Undi Timbul Dwikuasa
Tidak kira apa yang disarankan oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang begitu indah dalam masyarakat untuk menyentuh jiwa rakyat, akhirnya kita terpaksa kembali ke pangkuan masyarakat semula, menggunakan dari sudut kaca mata orang awam, melihat fenomena masyarakat dan kaum di negara ini. Apa yang jiwa kita dapat kenal pasti, lebih kurang antara 70 peratus hingga 80 peratus orang-orang Cina tetap kekal dengan DAP, namun begitu adakah kita pernah terfikir, sekarang ini, ada berapa ramai pula orang-orang Melayu yang memihak kepada PKR dan Pas? Jika kita lihat keadaan di beberapa PRN kali ini. Jika dianggap UMNO ataupun DAP sudah berkuasa lebih meluas dan lebih kuat, ini adalah masanya untuk orang-orang Cina dan orang-orang Melayu tunjukkan kekuatan mereka, itu sudah menjadi satu kenyataan yang tidak boleh dipersalahkan dan dipertikaikan.
Dwikuasa antara kaum itu sama ada benar berlaku ataupun satu khayalan sahaja? Sebaik-baiknya rakyat sendiri menggunakan kepintaran masing-masing untuk menganalisanya. Walaubagaimanapun, jika politik Melayu dan Politik Cina terbahagi perbezaan seperti langit dan bumi, sudah tentu ia akan timbul dwikuasa kaum dalam politik, parti-parti politik tidak kira sama ada di pihak pembangkang ataupun di pihak pemerintah, mereka akan lebih jelas berdiri dan memihak di satu kumpulan yang mereka anggap lebih sesuai dan selamat, jika mereka mahu kawal keadaan itu memang bukan semudah yang boleh kita jangkakan.
Apa yang mahu dikatakan di sini, tidak ada satu kaum pun yang dapat 100 peratus berpuas hati terhadap permintaan mereka, semua kaum perlu mendapatkan pertimbangan yang berpatutan dan wajar, sama-sama mencipta sesuatu peluang yang boleh diterima oleh semua kaum dalam kontrak masyarakat. Walaupun sebuah kerajaan yang diperintah oleh orang Cina seperti di Singapura. Permintaan orang-orang Cina tidak semestinya 100 peratus orang Cina rasa berpuas hati, gelombang bantahan di Singapura sudah menjadi bukti yang nyata yang boleh kita lihat dengan jelas.
No comments:
Post a Comment