Wednesday, January 12, 2011

Nanyang Siangpau: Model Ekonomi Baru (msA14)

2 Januari 2011 (Ahad)

Diharap Hari Esok Lebih Baik
Loh Hon Chew

Tahun demi tahun telah berlalu, yang paling utama kami bersyukur kepada semua pembaca supaya semuanya sehat-sehat selalu, dan tercapai apa yang dihajadkan.

Kepada rakyat biasa, setiap tahun yang mereka lalui semua sama sahaja tiada sebarang perubahan, ada orang melalui kehidupan harianya dengan tenang, tidak ada sebarang halangan ataupun kekecewaan, ada juga orang-orang apabila teringat kembali liku-liku hidup yang lepas-lepas rasa pedih dan duka, diharap orang-orang seperti ini dapat keluar daripada gejala-gejala murung itu, mulai saat ini menjalani kehidupan baru dan lebih baik.

Pada tahun lepas Najib secara besar-besaran laksanakan perubahan ekonomi dan mahu kurangkan subsidi barangan keperluan negara ini, beliau juga memberi banyangan mahu UMNO dan BN membuat perubahan dari segi ekonomi dan pendidikan, jika kita memilih perkataan “Hanzi” (tulisan Cina), sudah tentu perkataan itu kelihatan tertulis “perubahan”转 dan “naik harga”涨dua perkataan itu, naik harga menular selepas pengumuman perubahan ekonomi, kerana dalam perubahan ekonomi, pengurangan subsidi kepada pelabur, mahu tarik pelabur bukan dalam masa yang singkat boleh berlaku keberkesanannya dan bukan begitu mudah, pengurangan subsidi boleh akibatkan suasana keruh, dengan itu orang ramai tidak nampak sebarang pulangan dalam pelaburan yang mereka mahu ceburi, tetapi terlebih dahulu apa yang timbul ialah kenaikan harga barangan sebagai satu tekanan pada rakyat, rakyat mahu melihat projek-projek pelaburan boleh berjaya, supaya dalam masa yang singkat ini memberi pulangan yang tinggi kepada rakyat, dan menjadi lingkaran ekonomi berbelanja tinggi.

Orang-Orang Cina Terasa Tekanan Dalam Kehidupan

Dalam satu soal selidik yang baru diumumkan, lebih 60 peratus dari kalangan orang-orang Cina rasa tidak puas hati terhadap prestasi dan perkembangan ekonomi negara ini, sebaliknya 62 peratus dari kalangan orang-orang Melayu berada dalam keadaan selesa, mereka berpuas hati terhadap prestasi ekonomi negara ini.

Sebenarnya pandangan orang-orang Melayu seperti itu memang agak tidak tepat, kerana mengikut laporan dalam model ekonomi baru menunjukkan pendapatan orang-orang Melayu yang paling utama ialah dari pendapatan makan gaji dengan kerajaan. Kebanyakkan orang-orang Melayu mengharapkan makan gaji dengan kerajaan mahupun di GLC ataupun di bawah syarikat-syarikat kerajaan, contohnya bekerja di syarikat-syarikat bumiputera ataupun di institusi kewangan bumiputera. Setiap hujung bulan mereka terima gaji tetap, akhir tahun terima bonus, mereka beli hartanah perumahan dapat feadah yang rendah, tanggapan mereka terhadap perkembangan ekonomi sudah tentu berbeza dengan orang-orang di syarikat-syarikat swasta seperti orang-orang Cina yang perlu bertungkus lumus dan berhempas pulas yang begitu mencabar dan pratikal.

Sebanyak 60 peratus orang-orang Cina tidak puas hati terhadap prestasi ekonomi di negara ini memang ada bukti-buktinya. Sedangkan ramai orang-orang Melayu berpuas hati terhadap keadaan prestasi ekonomi negara ini, adakah mereka setuju perubahan dalam model ekonomi?

Apakah keadaan ekonomi di negara ini, dari segi penyelidikan dan kajian terdapat ada ruangan yang amat luas untuk menjana perubahan ekonomi, sebab itu Najib mahu terus laksanakan perubahan ekonomi, maksud perubahan itu adalah mengubah sesuatu dalam bentuk ekonomi, diharap ia berjalan dengan lancar, yang mahukan perubahan seperti orang-orang Cina, sudah cukup untuk membuktikan segala pandangan dari kalangan orang-orang Cina agak tepat dan ada benarnya.

Lazimnya rakyat di negara kita anggap ekonomi di negara ini sentiasa dalam keadaan baik, walaupun tertinggal di belakang ekonomi 4 ekor naga di rantau Asia, dalam Asian negara kita masih dianggap boleh menjadi peneraju dalam ekonomi, jika dilihat dari segi bilangan buruh asing di negara ini, sudah cukup bukti melambangkan bahawa ekonomi negara kita begitu kukuh.

Perlu Ubah Suasana Pelaburan

Tetapi pada tahun lepas tiba-tiba didapati ekonomi Indonesia dan Vietnam telah mendahului kita, mereka telah dapat tarik pelabur asing lebih jauh dari kita, organisasi pengkaji ekonomi berkata, Indonesia boleh menggantikan Russia, sebagai salah satu daripada 4 buah negara yang berpotensi.

Kenapa boleh berlaku demikian secara mendadak? Jika dilihat dalam lapuran Bank Dunia bulan Oktober 2010, serta laporan dari kedutaan India dan negeri China di Kuala Lumpur, mereka asyik mahu negara kita ubah polisi pelaburan, termasuk buka pintu-pintu sekatan dalam pelaburan, terima cerdik pandai dari luar negara, jika tidak pelabur asing tidak akan masuk ke negara ini dan yang sedia ada akan berhijrah keluar. Kedua-dua negara itu serentak bersuara, sebab itu negara-negara jiran telah mendahului kita dari segi pelabur asing.

Semenjak Najib memegang jawatan perdana menteri, berazam mahu tingkatkan ekonomi, lancarkan model ekonomi baru, beliau menerajui projek tersebut, tetapi malangnya beliau hadapi pelbagai bantahan. Mahu laksanakan model ekonomi baru tidak susah, tetapi sebaliknya yang susah ialah halangan dari pemikiran rakyat itu sendiri yang paling menyusahkan, apa itu maksud perubahan, adakah perubahan dari segi keutamaan model ekonomi ataupun mahu buat perubahan untuk keutaman kaum ataupun kita mahu buat perubahan untuk keutaman negara ini.

Jika dibandingkan dengan galakkan pelaburan ia seiring dengan “naik harga”, umpama angin yang deras terhalang dengan sekumpulan angin yang lembab, barangan keperluan semakin hari semakin naik harga, orang-orang semua dalam keadaan berkosumer harga barangan yang tinggi, orang-orang yang berpendapatan sederhana lebih pahit mengharunginya, setiap tahun berlaku perkara yang sama, semua orang perlu teruskan hidup, diharap esok lebih baik dari hari ini.


Komen: Orang Melayu tidak rasa tertekan? Ekonomi masih didominasi satu kaum di Malaysia, iaitu kaum Cina. Tidak ada equality dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

No comments:

Post a Comment