Wednesday, February 16, 2011

Nanyang Siangpau: Slogan 1malaysia tinggal slogan? (msA16)


11 Februari 2011 (Jumaat)
Chew Siu Yang

Satu Malaysia dilaungkan sejak tahun 2009 lagi, ia dilaungkan dari dalam negeri sehingga mengorak langkah ke luar negara, ia bukan sahaja telah didengar mesra di telinga kita malah di luar negara sana juga seperti berlaku keadaan yang sama, jika kita perhatikan dengan teliti, slogan 1 Malaysia telah dilaungkan selama setahun lebih, selain dariapda slongan hanya tinggal slogan, bukankah tindakannya tidak seperti apa yang dilaungkan?

Dari segi politik dan ekonomi negara kita, sudahkah benar-benar telah merealisasikan konsep semangat satu Malaysia? Jika benar ia telah tercapai, kenapa rakyat Malaysia oleh kerana perbezaan warna kulit mendapat layanan yang berbeza-beza?

Tidak perlu bincangkan pasal wasasan, kita cuba lihat politik perumahan sudah memadai, dari kos rendah sehingga kos juataan ringgit, dari orang miskin sehingga kepada orang yang kaya raya, kenapa hanya bumiputera mendapat hak keistimewaan dan perhatian, jika anda bukan bumiputera, minta maaf sahajalah, anda miskin macam mana sekalipun jangan berfikir dan berharap mendapat belaian subsidi.

Tanggapan saya benar-benar konsep semangat satu Malaysia itu sepatutnya tidak mengira warna kulit, pihak kerajaan sepatutnya membantu semua rakyat yang memerlukannya. Memang sepatutnya membantu kumpulan yang lemah, tetapi orang yang sudah jadi jutawan pun masih diberi perlinduangan dan bantuan, itu sudah tidak munasabah dan masuk akal langsung!

Sebenarnya apa yang disarankan oleh Najib konsep satu Malaysia itu sebaliknya saya rasa kesepian dan murung, slogan itu dilaungkan sudah begitu lama, hulurkan tangan pun sudah pelbagai cara, jika ditanggalkan slogan itu tidak ada apa lagi yang dapat ditinggalkan.

Sebagai pengerusi UMNO, akbar-akhbar Melayu yang dikuasai oleh UMNO, mereka langsung tidak beri peluang dan air muka kepada kaum lain, mereka cuba semarakkan sentimen melalui tulisan-tulisan mereka; Perkasa pula sering mencabar dan mendukung hak kaum bumiputera; Najib yang menerajui kabinet kadang-kadang membuat orang salah faham dan salah tanggapan, sering mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan konsep satu Malaysia.

Adakah benar-benar mahu lakukannya atau hanya buat tangkap muat sambil lewa sahaja? Ataupun cuma membuat lakunan yang telah terancang awal, ataupun lakunan-lakunan itu sudah tidak dapat dikawal dan tidak ikut rentak yang asal? sekarang ini rakyat yang melihatnya sudah tidak tahu mahu percaya yang mana satu dan pada siapa pula?

Najib mahu buat perubahan, mahu Malaysia berubah menjadi negara berpendapat tinggi, tinggal berapa orang pula yang mahu sama-sama membantu ke arah itu?

Mahu Buat Perubahan Perlukan Keberanian

Jika mahu mambuat perubahan dalam ekonomi, tidak sepatutnya sering dikongkong dengan polisi-polisi yang lama yang boleh merencatkan langkah, dalam dunia ekonomi globalisasi hari ini sudah tidak dapat terima sebarang sekatan peraturan-peratuan dan syarat-syarat yang dikenakan, sebaliknya jika di tempat ini tidak sesuai, bagaimana negara kita boleh melepasi sekatan-sekatan dan prasyarat untuk menjadi negara maju berbanding negara-negara lain di rantau Asia?

Tanyalah pada diri kita sendiri, pelabur asing tinggalkan negara ini, kumpulan cerdik pandai kita lari keluar negara, bukankah ia langsung tidak ada kaitannya dengan polisi-polisi yang ada sekarang ini?

Polisi DEP telah diguna pakai selama puluhan tahun, hari ini ditukar pula dengan nama model ekonomi baru, jika airnya ditukar tetapi isinya tidak tukar, bukankah semakin banyak ia dilakukan semakin luaslah kekecewaan kita?

Konsep Satu Malaysia didukung oleh rakyat, mahu semua rakyat bersatu padu menjayakan polisi-polisi itu, tetapi sebaliknya menerima pelbagai sekatan. Dari segi politiknya pula, slogan dilaungkan begitu kuat, tetapi perlaksnaannya tidak ada sebarang pergerakan. Kerana ia diasak oleh pelbagai kuasa dari semua penjuru, orang-orang yang mahukan perubahan sering angkat kaki tinggal lari, orang-orang yang benar-benar mahu buat perubahan pula khuatir kehilangan kuasa.

Perkembangan ekonomi negara adalah penting untuk rakyat, ia juga berkaitan dengan kuasa politik yang boleh memainkan peranan, jangan sampai di saat-saat akhir nanti semuanya tidak berupa apa-apa.

No comments:

Post a Comment