Monday, April 25, 2011

Sinchew bagi muka untuk Guan Eng menipu rakyat? (ms 36)





Sinchew Daily News
Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)

Keadilan Dan Kebenaran Tidak Perlukan Pengalaman
oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

PRN Sarawak telah menjadi satu ketetapan, bertungkus lumus selama lebih sebulan akhirnya telah ditamatkan, tetapi kepada DAP Sarawak ia sebagai satu pasukan tenaga baru, saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan yang tidak diketahui umum itu.

Ada ramai orang mengkritik secara langsung mahupun mengkritik melalui penulisan artikel, senarai nama-nama calon yang dikemukakan oleh DAP, memberi satu gelaran kepada DAP, contohnya: DAP dikatakan cuba dapatkan sokongan belia, dapatkan sokongan wanita jelita, tetapi semua lupa apa yang kita perjuangkan ialah membentuk keadilan dan kebenaran.

Pulau Pinang menghantar paling banyak jentera pilihan raya, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah kerajaan kuching, dan Kuching juga sebuah bandar bergelar Kuching, ada kaitannya dengan kata-kata Teng Xiao Ping: “tidak kira kucing hitam atau kucing putih, kuching yang terbaik ialah kucing yang pandai tangkap tikus”. Dengan berdasarkan konsep demikian maka kempen berjalan dengan lancar.

Seorang yang bernama Chew Fan See (mandarian) seorang jurutera lepasan dari uinversiti di Sarawak, sebenarnya beliau langsung tiada kaitannya dengan DAP. Oleh kerana teman lelaki beliau seorang Bidayu yang bekerja di sebuah stadium tertutup Footsal Parlimen Kuching YB Chong Chieng Jen DAP, selepas diperkenalkan oleh Chong CHien Jen, beliau telah masuk DAP, kini menjadi orang baru dalam DAP dan jadi orang kuat DAP.

Dikatakan DAP pandai memilih wanita cantik untuk dicalonkan, lebih baik wanita-wanita cantik sendiri yang pilih DAP. Apabila peti undi dibuka, beliau secara tiba-tiba menang majoriti, pada masa yang sama kelihatan tiket undi Bidayu yang banyak menyokong, ini satu satunya diluar jangkaan kita.

Ada lagi satu calon yang agak berwatakan biasa, boleh tumbangkan pengerusi SUPP Cheng Kang Nan iaitu peguam Lim Sijian (mandarin). Sebenarnya beliau bukan seorang cerdik pandai anak didik DAP, sebenarnya beliau adalah anak didik MCA, dan juga sebagai pengerusi Kelab MCA London.

Semasa berkempen, seorang pemimpin MCA Lee Hwa Ming memberitahu saya berkaitan maklumat itu. Saya buat panggilan serta merta kepada pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng untuk kenalpasti situasi dan perkara sebenar, jawapan Wong Ho Leng mereka telah lama tahu dan sekarang kerana Lim Sijian (mandarin) sangat tidak puas hati terhadap MCA, sebab itu beliau masuk DAP.

Latar belakang keluarga Lim Sijian (mandarin) kuat, ditambah pula dengan pengalaman beliau semasa di England, beliau secara bersungguh-sungguh berkempen, akhirnya DAP telah mencipta satu sejarah besar, kali ini saya patut berterima kasih kepada MCA kerana telah bantu DAP dalam menggilap orang-orang cerdik pandai.

Begitu juga di pilihan raya lepas seorang budak mentah puan Yeo Wei wei menang besar mengalahkan seorang Dotor dan serangan dari korporat besar namun masih dapat kekalkan kerusi, hanya satu sahaja yang agak malang, Liu Kiong Yan (mandarin) tewas kepada veteran SUPP Wong Shun Ho.

Di kawasan PRN Sarawak dengan keluasan bumi yang begitu luas dan kurang manusia, kepada sebuah parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai helicopter untuk berkempen amat susah. Yang pertama kami semua hanya dengan sumber yang terhad, termasuk kawasan Sarawak yang perjalanan daratnya sangat jauh, ada yang tidak dapat ditemukan dengan jalan darat, ada sesetengah tempat perlukan perkhidmatan sampan, dan perjalanan kaki, bab ini adalah satu kempen yang amat susah dan payah.

Walaupun ada sesetengah orang berkata, ramai calon baru dari DAP di kalangan orang muda yang tiada berpenglaman, dan ada juga orang-orang yang curiga terahdap kebolehan mereka. Jika dilihat semasa Pakatan Rakyat mula memerintah Pulau Pinang dahulu, bukankah pada masa itu ada orang yang curiga dan berkata demikian juga? Akhirnya terbukti, dalam masa yang singkat selama 3 tahun sahaja, keduudukan kewangan kita daripada rugi jadi untung, kita telah menjadi satu-satunya negeri yang sifar plastic, pelaburan tahun 2010 yang pertama kali tertinggi sejak selepas Merdeka.

Di Sarawak, kita belum ada pengalaman mentadbir kerajaan negeri itu, pada masa yang sama juga kita tidak ada pengalaman untuk menyeleweng kuasa dan rasuah; kepada beliau yang baru berkecimpung ke dalam arena politik, adakah sesebuah parti itu asyik berkata kurang penglaman sebagai alasan untuk menolak pencalonan mereka? Jika kita tidak beri peluang kepada muda mudi untuk menegakkan kebatilan, sehingga umur mereka menjangkau usia tua, dan selamanya mereka akan tetap tiada pengalaman. Dengan itu Keadilan dan kebenaran tidak perlukan pengalaman.

* Apa masalah Sin Chew sebenarnya? Calon DAP hanya hangatkan sentimen perkauman dan agama untuk menang. 

No comments:

Post a Comment