Wednesday, May 25, 2011

Serangan ke atas MCA berterusan (China Press ms C17)

16 Mei 2011 (Isnin)

Kenapa Tidak BN Sendiri Kawal Urus BN?
Tan Nei Seng


Dalam beberapa keputusan PRN termasuk PRN di Sarawak, dalam rakan kongsi Pakatan Rakyat DAP lebih nampak menyerlah dari segi keputusan PRN, keputusan ini memberi gambaran bahawa fakta kaum itu ada hubung- kainnya dengan peranan yang tertentu. Walaupun dikatakan secara amnya DAP mewakili semua kaum, tetapi pada hakikatnya semua orang tahu bahawa DAP mewakili dan menjadi teras kepada parti kaum Cina, memang satu kemahuan dan perubahan yang amat ditagih oleh kaum Cina, la lebih agresif daripada kaum lain, dan membuat keputusan yang lebih muktamat.

Apabila DAP semakin kuat, pihak kerajaan mungkin hadapi tentangan tertentu, lebih bernasib baik yang kuat itu bukannya Pakatan Rakyat, kini apa pula perubahan besar yang boleh dilakukan oleh DAP, walaupun ia dikatakan sudah kuat? Sebenarnya pihak kerajaan tidak perlu risau tentang itu, sebaliknya boleh berasa selesa, sekurang-kurangnya lain-lain kaum yang berada dalam parti pembangkang tidak dapat lebarkan sayap penguasaan mereka dalam politik, hanya mengharapkan sebuah parti (DAP) yang monopoli dalam Pakatan Rakyat tidak membawa sebarang makna, kekuatan seperti itu adakah ia boleh berkesan ataupun tidak berkesan pada orang ramai terutama sekali pada kaum Cina? Dalam keadaan komponen rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat yang kekurangan kekuatan itu, apa yang DAP boleh lakukan untuk mereka?

Jika Pakatan Rakyat Menang Dan Dapat Memerintah

BN selalu berkata orang-orang Cina tidak tahu berterima kasih, tidak habis-habis meminta-minta dan tidak ada akhirnya…tomahan-tomahan seperti itu, bagaimana pula kita mahu bertindak balas? Adakah kita mahu persoalkan kembali diri kita; sebenarnya kita mahu perubahan yang macam mana? Dan mahu perubahan ke tahap apa? Atapun berkhayal satu masa nanti Pakatan Rakyat pula memerintah negara ini, bagaimana Pakatan Rakyat atasi berbilang kaum yang tidak seimbang di negara ini, apa yang dikatakan mahu menjadi sebuah kerajaan yang boleh tegakkan keadilan?

Dari segi polisi negara ini, jika perlaksanaan polisi itu mengikut nisbah bilangan kaum, dari banyak segi boleh dilaksanakan, memang itu tepat, sudah tentu tidak termasuk sistem kuota, kerana sistem kuota itu terhad dan perlaksanaannya secara paksaan.

Tidak silap, kerajaan BN perlu diawasi, perlu membuat pembetulan, MCA sebagai salah satu komponen BN perlu memikul tanggungjawab dan peranan itu, jangan sampai apa yang MCA tidak berani sebut itu, diserahkan bulat-bulat kepada DAP, mahu DAP yang mainkan peranan untuk selesaiknnya. Jika MCA masih tidak mahu sedarkan diri lagi, mungkin pada PRU akan datang akan diketepikan oleh rakyat, adakah MCA terpaksa digantikan oleh badan-badan lain? Selagi MCA hidup masih dalam bermimpin dan berkhayal, MCA akan hilang segala sokongan dari orang-orang Cina. MCA hanya pandai mengutuk DAP cuma pandai gunakan idu Cina tadbir urus Cina, kenapa tidak gunakan isu BN tadbir urus BN, MCA boleh jadi peranan pembangkang dalam BN, perbetulkan semula BN untuk membuktikan slogan MCA yang dilaungkan itu tepat dan benar? Tidak kira apa yang dimainkan oleh DAP, akhirnya nanti diibarat penyakit itu telah bertemu jodoh dan sembuh; jika bukan MCA, Gerakan yang merawat penyakit itu mungkin penyakit itu akan semakin merebak, sudah tentu DAP juga tidak akan mampu memainkan peranan tentang orang-orang Cina tadbir urus orang-orang Cina.

Saling Menyerang Akan Sama-Sama Mati

Tidak kira sehebat mana kekuatan DAP, DAP tetap masih jadi parti pembangkang, ahli-ahli politik yang mementingkan kepentingan peribadi, selalunya tidak akan berhati-hati, selalu menaikkan semangat orang ramai bencikan kerajaan, apabila isu itu semakin meluas, yang rugi semua itu adakah rakyat itu sendiri. Jika MCA tidak segera membuat pilihan yang tepat, jiwa masyarakat Cina akan kecundung kepada DAP, pada masa itu nanti mungkin MCA hanya dengan nama sahaja tetapi jadi parti yang kosong, mungkin pada tanggapan MCA, DAP itu hanya pandai gunakan isu Cina tadbir urus Cina, yang rugi dan sedih adalah orang-orang Cina sendiri. Kita terpaksa akui, menjadi sebuah kaum bilangan minoriti dan yang tidak seimbang dalam sesebuah negara ini, tetapi saling serang-menyerang sesama sendiri, kedua-duanya akan mati dan tewas.

Chua Sui Lek yang diaktakan otak yang bijak dan licik itu, berniat untuk selamatkan MCA yang dituduh menyebabkan kematian angsa kayangan, Chua tidak mungkin boleh berjaya atasinya, dari segi sama ada beliau sanggup ataupun tidak sanggup, adakah beliau berani gunakan taktik berudur tetapi sebaliknya maju setapak lagi ke hadapan, contohnya jika ahli MCA semua sekali keluar dari kabinet, tunjukkan buat langkah-langkah dan stategi yang baru, mulakan dari kosong… tidak takut rahmat akan tiba apabila dalam kesusahan, ambil risiko, cuba lihat bagaimana mahu ubati penyakit MCA selama ini? Selepas Chua menjadi Presiden MCA, walaupun dikatakan beliau pandai bercakap banyak, pasti Dr. Chua tumpukan kekuatan untuk masa depan parti, memang nampak prestasi yang agak positif, yang kurang hanya beliau bersikap tidak dapat kawal kadaan semasa, ia boleh menyebabkan MCA akan alami kepupusan, menyebabkan banyak projek yang mahu dilaksanakan oleh MCA, tetapi hanya berani merancang namun tidak berani melaksanakannya, MCA berani buat tetapi tidak berani bertanggungjawab, diumpama akan mati sangkak di dalam perut, Chua Sul Lek sebagai seorang doktor, beliau memang sudah tidak ada masa lagi, lebih praktikal jika buat pembedahan daripada asyik bercakap sahaja.

No comments:

Post a Comment