Thursday, May 12, 2011

Nanyang menghasut lagi! (ms A14)


Nota: Akhbar Cina Nanyang Siang Pau menghasut lagi. Ini bukan kali pertama! Artikel ini menghasut! 

1. Jangan lupa bila pelajar SJKC berada dalam bilik berhawa dingin, pelajar SK, SK mubaligh dan SJKT berada dalam keadaan dhaif. Kenapa kerajaan membayar lebih kepada SJKC. Ini bukan prinsip keadilan dan sama rata. Sudahlah pelajar SJKC mendapat penghawa dingin, peruntukan yang lebih tinggi untuk membayar bil penghawa dingin pula diberi. Ini memang tidak sama rata, tapi adakah ini adil? 

2. Sejak bila pelajar SJKC tidak mendapat peruntukan untuk membeli kerusi meja di sekolah? Adakah gaji-gaji guru SKJC ditahan oleh Jabatan Pelajaran? Adakah guru-guru SK tidak pernah mengalami kelewatan gaji? Kenapa tuduh ia ditahan?

3. Apakah yang dikehendaki oleh Nanyang apabila mengeluarkan surat dan pandangan sebegini? Mahu negara hancur?

________________________________________________________

8 Mei 2011

Suara Hati Anak Watan Malaysia…
Seh Kah Liong/ pelajar penyelidikan kualiti pemakanan

Kepada pemimpin BN:

Sejak selepas PRN Sarawak, ramai pemimpin BN banyak cakap dengan kata-kata yang:“tidak tahu apa yang mereka sendiri maksudkan”. Ikut suka apa yang mahu dipercakapkan sahaja, kini timbul isu baru pula yang diutarakan oleh Presieden MCA Chua Sui Lek dengan isu“ugutan”; selanjutnya kata-kata perdana menteri apa yang dimaksudkan“utamakan orang Melayu tidak jejaskan pelabur asing”, diibarat sendiri cakap sendiri rasa seronok, dimana Presiden MCA ambil kesempatan kata-kata itu seterusnya; kenapa pula Chua Sui Lek ada kaitannya dengn Tan Lian Hua (Chen Lotus), kemukakan isu parti Gerakan tidak akan jadi bodoh lagi, ini semuanya membuktikan bahawa Malaysia BOLEH; ataupun Bo Liau??? (Bo Liau maksud: sudah tidak ada apa-apa lagi, maksud dalam bahasa hokkien)

Kepada kami semua yang ikut pada takdir dilahirkan, takdir hidup dan takdir mati, Malaysia adalah sebuah negara yang luarbiasa kaya dan sebuah negara yang indah, tetapi malangnya oleh kerana pemimpin-pemimpin negara ini yang berkepentingan peribadi dan pemimpin-pemimpin yang bukan tokoh-tokoh yang memimpin negara ini! Kenapa dikatakan begitu? Sekarang dengar kata-kata saya di bawah ini.

Pendidikan adalah modal Insan dan tunggak negara ini, sejak negara kita merdeka sehingga sekarang selama 54 tahun hari ini, layanan sama rata polisi pendidikan terhadap pendidikan di SJKC dan SJKT tidak kelihatan. Apabila bilik-bilik darjah di sekolah rendah kebangsaan dalam kesejukan dari penghawa dingin, sebaliknya di SJKC pula alami dipotong bekalan elektrik kerana hadapi masalah tertunggak bil api; apabila Sekolah Rendah Kebangsaan bermasalah kerana timbunan banyak kerusi meja murid-murid tidak tahu bagaimana untuk diselesaikan, sebaliknya pihak SJKC membuat aktiviti-aktiviti amal memungut derma untuk bangunkan peralatan-peralatan sekolah; apabila di sekolah rendah kebangsaan berlebihan guru-guru, pihak SJKC terpaksa dapatkan khidmat guru-guru semtara, ada juga gaji mereka yang ditahan oleh pihak Jabatan Pelajaran!

Polisi Tongkat Memberi Kesan Pada Kualiti Di IPT

Mungkin kita akan bertanya: “kenapa pelajar di Timur Tengah mampu masuk ke Universiti tempatan di negara kita ini, dimana anak tempatan dari sekolah menengah Cina tidak dapat masuk?” apabila kita pertahankan kemasukan kelas Metrik dan tingkatan 6 yang dilayan secara tidak adil, bolehkah pemimpin-pemimpin itu masuk ke dalam universiti dan tinjau kualiti mahasiswa mereka-mereka itu? Mengikut laporan dari seorang pensyarah di universiti tempatan berkata, baru-baru ini seramai 180 pelajar tahun satu yang mengambil peperiksaan bidang (Electricity and magnetism) yang mendapat markah 90 peratus keratas tidak sampai 10 peratus daripada bilangan pelajar tersebut! Ini bukankah kesan dari hasil bantuan tongkat?

Dari segi perkembangan ekonomi pula, dimana pihak kerajaan terpaksa tunduk pada kumpulan rasuah yang rakus itu, dan suara kumpulan fanatik yang begitu lantang, yang terus memantapkan isu “teruskan merealisasi sasaran pegangan 30 saham bumiputera, melebarkan kaum bumiputera pengambil bahagian dalam ekonomi dari segi aset kewangan mahupun dari segi aset bukan kewangan”. Selain dari itu selepas bantahan orang ramai, secara degil mahu bina bangunan mercu 100 tingkat, bina janakuasa neuclear, bina industri Rare Earths dan sebagainya. Sebuah projek metropolitan Kuala Lumpur, ia semakin jauhkan jurang perbezaan antara bandar dan kampung! Satu projek pembinaan yang tidak telus dan tidak jelas dari royalti pemilikan pembinaan tersebut, adakah ia akan berlaku hanya untuk kroni-kroni dan proxy mereka untuk tujuan masuk ke kocek sendiri?

RMK-10 Perkasa Telah Bersuara

Selepas RMK-10 diumumkan pengerusi Perkasa telah bersuara, suara yang pertama mereka laungkan iaitu kemenangan besar mereka, pihak kerajaan ambil peluan melalui politik itu menyemarakan politik, ekonomi, masyarakat dan semua perubahan dalam kerajaan, apa yang buat orang ramai ragu-ragu ialah, kenapa 35 ribu naskah kitab Bible disitar di Pelabuhan Klang dan di Pelabuhan Kuching? Kenapa dalam buku sejarah tidak masukkan kisah sebenar jasa-jasa semua kaum yang ada di negara ini? Kenapa sekat penubuhan sekolah-sekolah bukan agama Islam? Kenapa masih sokong (Utusan Malaysia) yang laungkan “1 malaysia 1 Bumi”?, dan banyak lagi soalan-soalan yang tidak boleh habis, semua itu dapat ditonton di mata kepala kita, dan tersimpan di dalam lubuk hati kita.

Kepada semua pimimpin BN, jika mahu tiket undi dari tangan kami, tidak purlu laungkan apa-apa slogan, dan tidak perlu tanya pentadbiran kerajaan, dan tidak perlu buat helah itu dan ini, bertengkar ataupun bertelagah! Apa yang kita mahu ialah 8 perkataan Cina ini: sama rata, keadilan, telus, bersih, seperti apa yang disebut oleh PM China Wen Jia Bao: “jika mahu buat perkara yang besar-besar jangan berjawatan tinggi! seseorang itu tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun, jika dalam hidupnya hanya semata-mata berniata untuk berkhidmat kepada rakyat, rakyat akan selamanya ingat pada mereka. Walau macam mana sekalipun tinggi jawatan seseorang itu, jika tidak benar-benar berkhidmat untuk rakyat, mereka akhirnya nanti akan ditinggalkan oleh rakyat”. Satu konsep yang semudah itu, adakah kamu semua faham?


Seorang pencinta negara yang tidak mahu melihat semua tumbang di Semenanjung

No comments:

Post a Comment