Tuesday, April 26, 2011

Serangan berterusan terhadap MCA seperti yang dibuat ke atas SUPP? (SinChew Jitpoh ms27)



19 April 2011 (Selasa)

Siren Amaran Pada MCA Telah Berbunyi 

Yap Cheng Hou (pembaca akhbar)

Keputusan PRN ke-10 di Sarawak telah pun diperlolehi dan menunjukkan BN telah hilang sokongan daripada pengundi-pengundi Cina Sarawak, walaupun MCA tidak ambil bahagian dalam pertandingan calon di negeri Sarawak. Tetapi apa yang boleh dipertikaikan di sini ialah isu “orang-orang Cina tidak lagi sokong BN”, fenomena ini telah pun berlaku pada PRU 2008 dulu, hari baru sahaja bertapak di negeri Sarawak dan menunjukkan isu itu lebih jelas.

Selepas Tsunami politik tahun 2008, parti MCA dalam kedudukan pasif, apa yang saya dapat maklumat dari akhbar mahupun dari dalam blog di internet menunjukkan, selain daripada MCA cuba memburuk-burukkan Pas dalam Pakatan Rakyat seperti berwajah iblis, MCA tidak ada prestasi yang boleh dikemukan kepada masyarakat Cina, walaupun MCA telah berjaya memperjuangkan langkah-langkah “pemegang sijil gabungan sekolah Menengah Cina dapat masuk belajar Ke Maktab Perguruan”, namun pencapaian itu masih belum lagi dapat meredakan kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan BN.

PRU akan datang sudah hampir di depan mata, jika MCA serta anggota dalamannya masih lagi tidak dapat mencari rentak dan resipinya, dijangka MCA akan tersungkur. Orang-orang Cina tidak puas hati terhdap BN, isu yang paling utama ialah isu pendidikan sekolah Cina. Orang Cina adalah satu kaum yang pentingkan pendidikan anak bangsa mereka, ramai orang-orang Cina anggap bidang pendidikan Cina mempunyai martabat yang paling tinggi sekali, ada pula yang mengatakan pendidikan Cina itu seperti satu kepercayaan agama besar dalam masyarakat Cina. Kerajaan BN pula agak kurang memahami keadaan ini, mereka cuba menggunakan projek-projek mega untuk meraih kegembiraan masyarakat Cina, ia tidak semestinya berkesan.

MCA perlu tahu, apa yang masyarakat Cina mahukan bukannya membina beberapa buah bilik darjah dan beberapa buah sekolah rendah Cina sebelum pilihan raya diadakan dikatakan sudah menckupi, apa yang mereka mahukan ialah sesuatu perubahan dalam polisi pendidikan di negara ini, bagi pastikan semua rakyat dapat laksanakan konsep sebenar semangat “1 Malaysia”. Ada beberapa orang-orang UMNO yang tindak tanduk mereka telah melukai hati orang-orang Cina, ini juga menyebabkan memberi impak negatif pada MCA.

Sepatutnya UMNO kena faham, pendidikan sekolah Cina bukan musuh kepada kerajaan, dan bukan satu gelombang ganas, sebenarnya kewujudan sekolah-sekolah rendah Cina dapat perkukuhkan lagi perkembangan bahasa-bahasa di negara ini. Di bawah suasana bahasa Ibunda, anak-anak Cina baru boleh belajar bahasa Malaysia dengan lebih berkesan, serta memberi jasa bakti pada negara ini. Isu pendidikan sekolah Cina sudah menjadi isu-isu lama dan lapuk yang diperbincangkan selama ini, penulis tidak mahu bercakap panjang lebar di sini, cuma mengharapkan pihak kerajaan bantu sekolah-sekolah Cina supaya akhirnya nanti dapat masuk ke dalam sistem dan landasan pendidikan sebenar pada satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment