Wednesday, April 27, 2011

Kesombongan ekstremis Cina (Nanyang Siang Pau ms A16)




Kemarahan umum masyarakat Cina?
20 April 2011 (Rabu)


PRN ke-10 Sarawak telah memecah rekod, seramai 213 calon bertanding di 71 kerusi. Jika dilihat dari segi keadaan PRN Sarawak kali ke-10 ini, boleh dikatakan kesemua pengundi Cina di kawasan bandar mengundi parti pembangkang.

Sekepas keputusan PRN Sarawak diumumkan, pihak BN iaitu SUPP kali ini tewas teruk, sebanyak 19 kerusi yang dipertandingkan kalah 13 kerusi. Presiden dan Ttimbalan Presiden SUPP juga masing-masng tewas, hanya Naib Presiden SUPP kekal dan dapat kembalikan sedikit maruah SUPP.

DAP Perkukukan Benteng Kubu

BN gunakan strategi kawasan pendalaman mengepong kawasan bandar, berjaya mendapat 55 kerusi, sekali lagi mendapat majorit 2/3 kerusi, tetapi nisbah tiket undi agak merosot; pada tahun 2006 sebanyak 62.93 peratus jatuh kepada 55.24 peratus. Di kawasan kubu kuat BN, semasa waktu pilihan raya terpaksa taburkan banyak duit untuk menggantikan kelebihan undi, boleh dikatakan menang yang pahit dan tidak bergaya.

Dari segi pihak parti pembangkang, DAP pertaruhkan 15 kerusi menang 12 kerusi, ini adalah kemenangan Pakatan Rakyat yang terbesar. PKR pertandingkan 49 kerusi menang 3 kerusi, selainnya 1 kerusi dimenangi 1 dari calon bebas.

PRN kali ini telah membuktikan selama 50 tahun BN memerintah, masih tidak faham-faham apa yang orang-orang Cina mahukan dan perlukan! Kumpulan orang-orang yang fanatik asyik menuduh orang-orang Cina tidak boleh dipercayai dan tidak setia, ia lebih menunjukan semakin jauh jarak kesejahteraan antara kaum, ia semakin menjadi lebih teruk yang semakin meluaskan jurang.

Sama juga jika ramai pemimpin-pemimpin MCA serta ahli-ahli dari kalangan MCA anggap kekalahan SUPP itu disebabkan DAP guna taktik “orang Cina tangani orang-orang Cina sendiri”, jika benar begitu, jika pada PRU akan datang MCA menang dan dapat sokongan dari masyrakat Cina, bukankah isu itu hanya semata-mata menjadi pemikiran dan alasan yang bukan-bukan sekarang ini. Inilah satu bacaan kepada sesebuah parti yang berdasarkan parti dari kalangan orang-orang Cina, mereka langsung tidak tahu perasaan sebenar masyarakat Cina, dan tidak tahu apa yang orang-orang Cina mahukan, sebenarnya mereka mahukan sesuatu perubahan.

Adakah orang-orang Cina langsung tidak gentar jika tiada wakil orang Cina di Parlimen ataupun di DUN yang boleh mewakil masyarakat Cina? Jika mereka benar tidak gentar, itu semuanya bohong, mereka memang gentar tetapi kenapa sokongan mereka berbelah bagi?

Orang-Orang Cina Dahagakan Layanan Pentadbiran Yang Sama Rata

Semua orang faham, setiap kali PRU dan PRK, pihak pemerintah akan beri gula-gula pada masyarakat Cina, untuk mententeramkan jiwa orang-orang Cina supaya tidak lari, la telah berlaku selama berpuluhan tahun, tidak sedkit pun berganjak mahupun berubah. Selepas pilihan raya tamat, mereka akan tuding kembali marahkan masyarakat Cina, dikatakan “suka mengambil kesemapatan”, “seperti komunis”. Apa pula peraaan orang-orang Cina?

Orang-orang Cina tidak perlukan infrastruktur! Macam mana seklipun bencana politik yang berlaku, orang-orang Cina tetap boleh mengharunginya dengan sejahtera.

Orang-orang Cina tidak pelik dengan infrastruktur! Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, masyarakat Cina masih boleh bertahan dan bangun semula.

Orang-orang Cina tidak mahu terima infrastruktur! Kerana orang-orang Cina mempunyai Tamadun lebih ribuan tahun, apa yang orang-orang Cina pegang ialah semangat jati diri yang gigih yang berterusan.

Kenapa pula orang-orang Cina perlukan infrastruktur! Jika pihak kumpulan pemerintah mahu ubah dan menambah baikan situasi ini, sila perbetulkan keadialan, sama rata hak dan peluang, suapaya semua kaum dapat berdiri di atas landasan yang sama adil, jadikan itu sebagai panduan asas, sama-sama mulakan dari garisan permulaan perlumbaan, bukan secara paksa kekalkan kuata 30 peratus untuk mengikis dan menekan kepentingan kaum lain. Jawatan penting dalam kerajaan bukan seperti “pembahagian daging babi” untuk dinikmati, pilihlah orang-orang dan pemimpin-pemimpin yang benar-benar mampu jalankan tugas.

Jangan Bazirkan Harta Negara Sewenang-Wenangnya

Selain dari itu, polisi tongkat memang tidak digemari oleh semua orang, polisi membela tidak boleh berterusan selamanya, ia perlu ada batasan masa yang tertentu, ada hadya, ada keperluannya, jika mereka ada kemajuan beri lagi sokong dan galakkan. Jika tidak, bukankah harta negara ini akan terus-menerus dibazirkan? Contohnya projek Proton, ia hanya menguntungkan segelintir proxy, kenyangkan pihak bank, di mana pula untuk rakyat dan orang ramai?

Sudah memerintah lebih setengah Abad, kenapa masih begitu bodoh mentadbir negara ini? Kenapa hanya nampak perkara-perkara kecil untung kecil di depan mata sahaja, kenapa tidak menjana polisi jangka panjang? Selepas mendapat keputusan PRN Sarawak, pada dasarnya, kelihatan pihak pemerintah masih belum lagi sedar apa yang perlu mereka lakukan.

* Mengikut cerita ayah ibu, datuk moyang, kesombongan seperti ini yang akhirnya mencetuskan sengketa kaum 13 Mei. 

No comments:

Post a Comment